Wednesday, July 7, 2010

MEMORI tua bersama photoscape :D



assalamualaikum :)
malam menjengah tiba saat post ini ditaip dengan sesungguh hati *ye kan saja*
kudos telah berfikir sebaiknya menggunakan kewarasan akal.
kudos lalu membuat keputusan untuk menjadi salah seorang 'blogger' aktif dan tidak menjadikan blog ini sebagai 'personal blog' secara penuh.
mungkin perkara-perkara peribadi kudos hanya akan ada dalam 20 peratus sahaja berbanding dengan hal berkaitan SENI :)

oh, kembali pada tajuk post kali ini, tama-tamanya ingin sekali kudos mengucapkan INFINITI terima kasih kepada Siti Nurhidayu Binti Harun kerana bertanggungjawab dalam memperkenalkan software photoscape ini kepada kudos. sekali lagi, terima kasih.

keterujaan kudos kali pertama menggunakan photoscape telah memberi hasil ini :D


ada apa dengan GTMT ?
GTMT adalah merupakan singkatan kepada Geng Tak Makan Tempe. ehemmm, eya, memang betul, kudos dulu tak makan tempe. begitu juga makanan-makanan lain yang berasaskan soya. tapi tu semua dulu.
sekarang, kudos kasi sumbat je semua makanan. kenapa? sebab kudos rasa ia menjadi satu kerugian untuk tidak makan menu yang dijamah oleh orang lain. :D

bak kata orang, usaha tangga kejayaan. jadinya kudos meneruskan usaha, mencuba dan terus mencuba memanfaatkan penggunaan software photoscape.

MENGAPA photoscape, BUKAN photoshop?
seperti yang telah dinyatakan pada 'side-status' kudos di facebook ;
KUDOS menyempurnakan ketanpa-adaan kamera yang bagus dengan penggunaan
tegar PHOTOSCAPE pada kebanyakkan hasil tangkapannya, ada bantahan untuk ini ?

mungkin juga kerana perisian photoshop yang agak kompleks dan complicated.
mungkin juga kerana ketidak-cukupan masa untuk meng-explore perisian photoshop.
yang pasti, photoscape adalah merupakan satu perisian yang sungguh 'friendly-user'.

jadi, kepada mereka yang berminat dengan photoscape, sila klik pada link ini :)
P.H.O.T.O.S.C.A.P.E

seni itu indah,
KUDOS diyana,
KUDOS causawarna.

Monday, July 5, 2010

MODE : black and white


assalamualaikum :)
kali ini, kudos tampilkan beberapa hasil tangkapan kamera kudos yang seterusnya telah diedit menggunakan software 'photoscape' (klik untuk download) :)
apabila melihat koleksi karya kebanyakan teman-teman di facebook dalam tona hitam putih, kudos turut terpengaruh untuk mencuba. jadi, inilah antara hasil-hasilnya.

seni itu indah,
KUDOS diyana,
KUDOS causa warna.






















Sunday, July 4, 2010

ANAK kecil





assalamualaikum :)
kudos sekali lagi ingin rakan-rakan sekalian mengenali kudos dengan lebih dekat lagi. kudos bukanlah 'full-time' penangkap gambar (fotografer). kudos masih belajar di IPG-Kampus Perempuan Melayu, Melaka dalam bidang Pendidikan Prasekolah (Ijazah Sarjana Muda). tapi kudos sekarang sedang menjalani praktikal terakhir atau 'internship' di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2.
tidak salah rasanya jika kudos berkongsi ceria dengan anda-anda semua dengan memaparkan foto
anak-anak kecil yang telah menjadi sebahagian hidup kudos :)


















seni itu indah,
KUDOS diyana,
KUDOS causa warna.


THE journey :)




assalamualaikum :)
sebagai salah seorang penggemar seni foto, ingin sekali kudos berkongsi minat dan cerita bagaimana penglibatan awal kudos dalam bidang ini. biarpun sudah menjangkau 7 tahun, namun, kudos masih juga lagi menganggap kudos masih baru dalam dunia fotografi. mungkin ada yang akan berkata, 7 tahun adalah satu jangka masa yang lama untuk menjadi 'pro'. namun, kudos tidak begitu. mungkin kudos masih lagi di tahap amatur atau mungkin juga masih bayi dalam seni indah ini.

awal penceburan kudos dalam seni foto (bukan fotografi) adalah pada zaman kudos masih dalam alam belajar. masih kudos ingat, hobi kudos pada tika itu (tingkatan 2 dan 3) adalah mencari gambar-gambar menarik, kemudian menggunting dan menyimpannya di dalam satu fail kertas. bila saja fail tersebut sudah 'kembung', kudos mula menampal keratan gambar-gambar terpilih di atas kertas A4 putih. apa yang kudos lakukan adalah menampal semua gambar tersebut pada dinding bilik (hostel) dengan jayanya.

hobi itu berterusan sehingga penuh dinding (tempat kudos sahaja). ia mungkin dianggap biasa bagi sesetengah pihak, namun bagi kudos, ia adalah merupakan salah satu cara kudos menghargai seni foto. perjalanan hidup kudos diteruskan disamping minat dan hobi yang masih juga sama. bezanya, kudos tidak lagi menampal keratan gambar-gambar pada dinding.

makin menginjak usia seiring arus permodenan zaman, kudos mula sedar keterujaan kudos pada seni foto bukan hanya suka-suka. dengan itu, kudos mengorak langkah dalam seni foto dengan menjadi fotografer (istilah ini tidak bermaksud kudos adalah pro). menggunakan kemudahan teknologi telefon berkamera, kudos mengabadikan manusia, objek, alam sekeliling dari sudut yang pelbagai, dikumpul dan disimpan dengan baik saban tahun (mungkin juga hari).

melibatkan diri dalam kehebatan IT, kudos mula mencari insan yang punya sama minat. dengan TAGGED, kudos berjumpa beberapa rakan baru, berkongsi pengalaman, bertukar cerita, mengkritik serta sama-sama belajar tentang ilmu dunia fotografi. ia adalah lebih manis apabila kudos menjadi lebih bermotivasi untuk mempelbagaikan seni persembahan foto hasil karya kudos sendiri.

sehingga kini, perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat begitu banyak membantu kudos dalam mendalami, memahami, menghayati, menjiwai kandungan makna dalam setiap foto yang dilihat. benar kata orang, satu gambar kadangkala membawa 1000 maksud tersendiri. foto dan gambar mungkin dilihat sebagai objek kaku tanpa jasad bagi mata kasar, namun ia adalah 'hidup' jika dilihat dengan mata hati :)

seni itu indah,
KUDOS diyana
KUDOS causa-warna.

THE logo :)


the logo ; as simple as the owner :)