Sunday, July 4, 2010

THE journey :)




assalamualaikum :)
sebagai salah seorang penggemar seni foto, ingin sekali kudos berkongsi minat dan cerita bagaimana penglibatan awal kudos dalam bidang ini. biarpun sudah menjangkau 7 tahun, namun, kudos masih juga lagi menganggap kudos masih baru dalam dunia fotografi. mungkin ada yang akan berkata, 7 tahun adalah satu jangka masa yang lama untuk menjadi 'pro'. namun, kudos tidak begitu. mungkin kudos masih lagi di tahap amatur atau mungkin juga masih bayi dalam seni indah ini.

awal penceburan kudos dalam seni foto (bukan fotografi) adalah pada zaman kudos masih dalam alam belajar. masih kudos ingat, hobi kudos pada tika itu (tingkatan 2 dan 3) adalah mencari gambar-gambar menarik, kemudian menggunting dan menyimpannya di dalam satu fail kertas. bila saja fail tersebut sudah 'kembung', kudos mula menampal keratan gambar-gambar terpilih di atas kertas A4 putih. apa yang kudos lakukan adalah menampal semua gambar tersebut pada dinding bilik (hostel) dengan jayanya.

hobi itu berterusan sehingga penuh dinding (tempat kudos sahaja). ia mungkin dianggap biasa bagi sesetengah pihak, namun bagi kudos, ia adalah merupakan salah satu cara kudos menghargai seni foto. perjalanan hidup kudos diteruskan disamping minat dan hobi yang masih juga sama. bezanya, kudos tidak lagi menampal keratan gambar-gambar pada dinding.

makin menginjak usia seiring arus permodenan zaman, kudos mula sedar keterujaan kudos pada seni foto bukan hanya suka-suka. dengan itu, kudos mengorak langkah dalam seni foto dengan menjadi fotografer (istilah ini tidak bermaksud kudos adalah pro). menggunakan kemudahan teknologi telefon berkamera, kudos mengabadikan manusia, objek, alam sekeliling dari sudut yang pelbagai, dikumpul dan disimpan dengan baik saban tahun (mungkin juga hari).

melibatkan diri dalam kehebatan IT, kudos mula mencari insan yang punya sama minat. dengan TAGGED, kudos berjumpa beberapa rakan baru, berkongsi pengalaman, bertukar cerita, mengkritik serta sama-sama belajar tentang ilmu dunia fotografi. ia adalah lebih manis apabila kudos menjadi lebih bermotivasi untuk mempelbagaikan seni persembahan foto hasil karya kudos sendiri.

sehingga kini, perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat begitu banyak membantu kudos dalam mendalami, memahami, menghayati, menjiwai kandungan makna dalam setiap foto yang dilihat. benar kata orang, satu gambar kadangkala membawa 1000 maksud tersendiri. foto dan gambar mungkin dilihat sebagai objek kaku tanpa jasad bagi mata kasar, namun ia adalah 'hidup' jika dilihat dengan mata hati :)

seni itu indah,
KUDOS diyana
KUDOS causa-warna.

No comments:

Post a Comment