Sunday, September 26, 2010

IKAT DUA HATI, SATUKAN DUA KELUARGA

assalamualaikum.
hari-hari yang berlalu penuh dengan suka, duka, gelak, tangis.
dan semua itu adalah memori :)
memori itulah yang akan dikenang-kenang,
mungkin saban waktu, mungkin juga sepanjang hari.
bagi mereka yang meniti detik waktu bahagia, pastinya ia sentiasa membawa bahagia bila dikenang semula.
samalah seperti SABRINA ABDUL RAHIM.
insan yang tidak disangka-sangka melangsungkan pertunangan dengan si pilihan hati.
kecil molek (sangat kecil ye), comel dan manja, sukar sekali untuk percaya,
dia mendahului rakan-rakan sekelas yang lain.
tapi, mana mungkin kita menidakkan takdir, kan ?
Allah temukan Bina dengan Reza, dan hubungan itu lancar berjalan dengan restu keduabelah pihak keluarga.
mana mungkin perkara yang baik perlu ditangguh-tangguhkan lagi, kan ?

untuk itu, saya senang sekali untuk mengucapkan;
SELAMAT BERTUNANG, SABRINA !
semoga cinta segar bagai bunga cukup air, rindu subur bagai dibaja, sayang mekar tanpa cela :)
bersederhanalah dalam berkasih, semoga ALLAH merestui dan merahmati hubungan kalian berdua, sampai bila-bila, InsyaAllah :)

dan, beberapa foto majlis untuk tatapan semua :)


dia Sabrina :)


doa tanda syukur :)


sembunyi resah sebalik manis senyumnya :)


menanti penuh sabar :)


rakan-rakan yang turut hadir :)


tangga pon jadik :D


selesai majlis :)


sebelum bertemu bakal ibu mertua buat kali pertama :)


pemilik sepenuh hati Sabrina ; Ustaz Reza :)

seni itu indah,
KUDOS diyana,
KUDOS causawarna.

Wednesday, September 22, 2010

MODE : RAYA a.k.a AIDILFITRI a.k.a EID II

assalamualaikum
post kali ini masih juga ber-mode-kan raya :)
ye lah, raya kan sebulan :D
oleh yang demikian, sukacita seandainya saya dapat berkongsi dengan semua tentang KAD RAYA.

jika saya seorang yang perasan, mungkin itu hanya perasaan, namun saya amat pasti, semua orang pasti perasan akan hal ini;
saban tahun, posmen tak lagi perlu bersusah-susah meredah panas terik matahari dan sejuk lembap basahnya hujan mahupun ribut taufan untuk menghantar timbunan kad-kad raya :)

mengapa ya?
peredaran zaman mengikut teknologi semasa ?
tepat !
sebelum zaman facebook menjadi popular, ucapan raya terlebih dahulu disampaikan melalui telefon bimbit @ menggunakan SMS/MMS. betul. antara contoh terdekat dengan saya adalah abah saya sendiri :D
jika dahulu, berpaket-paket kad raya beliau beli, berjela-jela setem beliau beli. tapi itulah, manusia sentiasa berubah, kan kan ?
sekarang, SMS pengganti kad raya. lebih canggih lagi ? dengan kewujudan laman web social networking seperti TAGGED FACEBOOK FRIENDSTER telah membuatkan orang ramai berfikiran sama : menghantar ucapan raya melalui laman web-laman web tersebut.

oh oh. samalah juga seperti saya.
raya tahun ini, ucapan raya dari saya telah saya kirimkan melalui SMS kepada sekalian teman.
saya juga berkesempatan untuk membuat kad raya sendiri (itulah gunanya teknologi hehehe)dan mereka-mereka yang bertuah telah mendapat kad-kad edisi terhad seperti di bawah ini :)


depan :)


belakang :)

mungkinkah kad raya akan mengalami kepupusan suatu masa nanti ?
ia tidak mustahil.
namun secara personal, kad raya (original kad raya macam dulu-dulu tu), mempunyai nilai sentimental tersendiri.
juga tidak keterlaluan jika saya katakan, suatu masa nanti, kad raya yang diterima akan dibingkaikan :)


seni itu indah,
KUDOSdiyana
KUDOScausawarna





Tuesday, September 21, 2010

MODE : RAYA a.k.a AIDILFITRI a.k.a EID


ASSALAMUALAIKUM
pertama, saya kembali setelah sekian lama menyepi dari blog :)
kedua, masih belum terlewat rasanya saya mengucapkan selamat menyambut lebaran mulia. mohon dimaafkan segala salah tingkah, silap bicara yang terkesan di hati semua.
semoga lebaran ini membawa infiniti keberkatan dan rahmat buat semua.

raya ini adalah raya pertama saya bersama kamera pemberian abah (warisan turun-temurun *oh suka!*). Oleh yang demikian, semua foto telah ditangkap menggunakannya. Namun begitu, kerana agak baru dapat, saya masih belum berkesempatan sepenuhnya meneroka, menjelajah setiap setting camera ini. dan kerana itu juga, hasil tangkapannya bagi saya masih belum mencapai standard kualiti yang memuaskan (KALAU saya pro, standard kualitinya mestilah terbaik).

di sini saya sertakan beberapa foto yang diambil semasa raya, menggunakan Canon PowerShot S5IS


my fusilli :)


ayam goreng Uncle Bob *hoh ! sedap, pedas tak hengat*


Cendol ABC *semua bahan ABC dicampurkan sekali*


maruku *raikan raya secara 1Malaysia* :)


tempeyek yang cukup rasa :)


kuih ini amatlah sedap untuk dimakan :D unik dan ia kegemaran saya ! :)


kerepek bawang :)


sudah minggu kedua raya, namun kemeriahannya masih segar terasa. biarpun api pelita, jamung, dan bunga api makin berkurang, namun cahaya keberkatan syawal masih terang menyuluh Malaysia.


seni itu indah,
KUDOS diyana,
KUDOS causawarna.