Wednesday, September 22, 2010

MODE : RAYA a.k.a AIDILFITRI a.k.a EID II

assalamualaikum
post kali ini masih juga ber-mode-kan raya :)
ye lah, raya kan sebulan :D
oleh yang demikian, sukacita seandainya saya dapat berkongsi dengan semua tentang KAD RAYA.

jika saya seorang yang perasan, mungkin itu hanya perasaan, namun saya amat pasti, semua orang pasti perasan akan hal ini;
saban tahun, posmen tak lagi perlu bersusah-susah meredah panas terik matahari dan sejuk lembap basahnya hujan mahupun ribut taufan untuk menghantar timbunan kad-kad raya :)

mengapa ya?
peredaran zaman mengikut teknologi semasa ?
tepat !
sebelum zaman facebook menjadi popular, ucapan raya terlebih dahulu disampaikan melalui telefon bimbit @ menggunakan SMS/MMS. betul. antara contoh terdekat dengan saya adalah abah saya sendiri :D
jika dahulu, berpaket-paket kad raya beliau beli, berjela-jela setem beliau beli. tapi itulah, manusia sentiasa berubah, kan kan ?
sekarang, SMS pengganti kad raya. lebih canggih lagi ? dengan kewujudan laman web social networking seperti TAGGED FACEBOOK FRIENDSTER telah membuatkan orang ramai berfikiran sama : menghantar ucapan raya melalui laman web-laman web tersebut.

oh oh. samalah juga seperti saya.
raya tahun ini, ucapan raya dari saya telah saya kirimkan melalui SMS kepada sekalian teman.
saya juga berkesempatan untuk membuat kad raya sendiri (itulah gunanya teknologi hehehe)dan mereka-mereka yang bertuah telah mendapat kad-kad edisi terhad seperti di bawah ini :)


depan :)


belakang :)

mungkinkah kad raya akan mengalami kepupusan suatu masa nanti ?
ia tidak mustahil.
namun secara personal, kad raya (original kad raya macam dulu-dulu tu), mempunyai nilai sentimental tersendiri.
juga tidak keterlaluan jika saya katakan, suatu masa nanti, kad raya yang diterima akan dibingkaikan :)


seni itu indah,
KUDOSdiyana
KUDOScausawarna





1 comment: